Wednesday 30 January 2013

Pelancaran Program Idea Diminda Karya Direka UiTM Kedah

Pada 10 Januari 2013 yang lalu, satu program membaca di peringkat Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah berlangsung dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dr. Mahadzir Ismail, Timbalan Rektor (Akademik & Antarabangsa), UiTM Kedah. “Idea Diminda Karya Direka” merupakan program melahirkan siswazah dengan alunan rentak mindanya yang sarat dengan informasi dan mampu meluahkan ekspresi seni dan kreativiti dalam pelbagai bentuk visual. Pengukapan ‘iqra’ dalam surah Al-Falaq menjelaskan akan kepentingan membaca. Lantaran itu, satu pertandingan ilmiah melalui pembacaan diterapkan kepada para pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka yang akan berlangsung selama tempoh sebulan. Di samping itu, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka turut menyediakan Mini Perpustakaan didalam Galeri Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
 Antara gambar aktiviti pelancaran yang telah berlangsung  pada 10 Januari 2013:
 Pelancaran Oleh Timb.Reaktor Akademik & Antarabangsa Dr Mahadzir Ismail



Wednesday 16 January 2013

Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka 2013

Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA Kedah
Tahun baru 2013 dan wajah baru bagi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kedah. Kini Fakulti telah menyediakan kemudahan bagi para pelajarnya dengan menyediakan mini perpustakaan di Galeri FSSR. Kemudahan ini bertujuan untuk memupuk budaya pembacaan dikalangan pelajar semperna kempen IDEA DIMINDA KARYA DIREKA yang dianjurkan oleh FSSR.