Sunday 16 June 2013

Sehari bersama KPP FSSR Kedah sesi Jun-Okt 2103

Sehari bersama KPP FSSR Kedah sesi Jun-Okt 

Program bersama KPP dianjukan pada setiap awal sesi semester yang baru bertujuan untuk sesi beramah mesra antara pelajar baru secara khasnya dan lama amnya diantara para pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kedah.
Kelainan program pada kali ini adalah sesi pertemuan dilakukan secara tidak formal dengan melakukan aktiviti senamerobik diantara pelajar dan pensyarah. Program ini telah berlangsung di ruang legar bengkel FSSR. 

para pelajar FSSR Kedah
aktiviti senamerobik FSSR Kedah
 Ucapan dan pesanan dari KPP FSSR Kedah
 Antara pensyarah FSSR Kedah
senamerobik FSSR Kedah

Tuesday 12 February 2013

Program Khidmat masyarakat : Aktiviti Melukis Mural

Program Khidmat masyarakat ini telah dianjurkan oleh kelab Grafik dibawah program Grafik & Media Digital, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kedah. Perogram yang telah berlangsung pada 19 Januari adalah dibawah seliaan pensyarah Cik Nur Aiza Zainol Abidin dan Cik Syahrini Shawalludin bertujuan untuk mendisiplin dan melatih para pelajar menhgenai pengurusan masa. Pelajar juga didedahkan dengan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Lokasi yang dipilih adalah disekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah. Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari ini telah melibatkan 64 orang pelajar semester 1-4 dan diiringi oleh dua orang pensyarah.

Matlamat program ini tercapai dengan penglibatan para pelajar dalam menyampikan maklumat dan khidmat masyrakat melalui mesej yang di berikan melalui medium Mural tersebut.














Wednesday 30 January 2013

Pelancaran Program Idea Diminda Karya Direka UiTM Kedah

Pada 10 Januari 2013 yang lalu, satu program membaca di peringkat Fakulti Seni Lukis & Seni Reka telah berlangsung dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dr. Mahadzir Ismail, Timbalan Rektor (Akademik & Antarabangsa), UiTM Kedah. “Idea Diminda Karya Direka” merupakan program melahirkan siswazah dengan alunan rentak mindanya yang sarat dengan informasi dan mampu meluahkan ekspresi seni dan kreativiti dalam pelbagai bentuk visual. Pengukapan ‘iqra’ dalam surah Al-Falaq menjelaskan akan kepentingan membaca. Lantaran itu, satu pertandingan ilmiah melalui pembacaan diterapkan kepada para pelajar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka yang akan berlangsung selama tempoh sebulan. Di samping itu, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka turut menyediakan Mini Perpustakaan didalam Galeri Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
 Antara gambar aktiviti pelancaran yang telah berlangsung  pada 10 Januari 2013:
 Pelancaran Oleh Timb.Reaktor Akademik & Antarabangsa Dr Mahadzir Ismail