Tuesday 12 February 2013

Program Khidmat masyarakat : Aktiviti Melukis Mural

Program Khidmat masyarakat ini telah dianjurkan oleh kelab Grafik dibawah program Grafik & Media Digital, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Kedah. Perogram yang telah berlangsung pada 19 Januari adalah dibawah seliaan pensyarah Cik Nur Aiza Zainol Abidin dan Cik Syahrini Shawalludin bertujuan untuk mendisiplin dan melatih para pelajar menhgenai pengurusan masa. Pelajar juga didedahkan dengan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Lokasi yang dipilih adalah disekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah. Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari ini telah melibatkan 64 orang pelajar semester 1-4 dan diiringi oleh dua orang pensyarah.

Matlamat program ini tercapai dengan penglibatan para pelajar dalam menyampikan maklumat dan khidmat masyrakat melalui mesej yang di berikan melalui medium Mural tersebut.














No comments:

Post a Comment